Saturday, December 13, 2008

5/5/2008 - Konsep Bina Dan Jual Dapat Atasi Projek Rumah Terbengkalai, Kata Nor Mohamed

Excerpt from Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Projek perumahan yang terbengkalai boleh diatasi dengan menggunakan konsep di mana pemaju membina rumah dahulu dan kemudian dijual kepada pembeli, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Kerajaan telah pun memikirkan satu alternatif untuk membeli rumah selepas rumah sudah siap dan dengan menggunakan kaedah ini, isu tentang rumah terbengkalai, projek terbengkalai tidak akan wujud," katanya semasa sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata bahawa kaedah "siap dan jual" masih baru di negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang bertanyakan mengenai rancangan kerajaan untuk menyelamatkan projek seperti Plaza Rakyat dan Nas Pavilion yang masih terbengkalai sejak 12 tahun yang lalu sehingga ramai pembeli berhadapan masalah kewangan dan terpaksa membayar balik wang kepada bank dan institusi kewangan.

Nor Mohamed juga menjelaskan bahawa dua buah projek ini akan diselesaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah untuk memastikan projek terbengkalai tidak akan berulang.

Read More Here

Sorry, there are no Malay to English web translators out there. Perhaps someone out there can summarise this in English in the 'Comments' section of this article.

No comments:

Post a Comment